Pengarahnya Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, jumlah kes HFMD  itu meningkat sebanyak 114 peratus  daripada  536 kes dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Setakat ini tiada sekolah, tadika dan pusat asuhan ditutup di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan peningkatan kes yang  ketara  antara  Mac  hingga  April  lepas,  pihaknya  telah  melaksanakan kawalan seperti mengadakan promosi kesihatan dan memberi penjelasan serta nasihat   mengenai  penyakit itu kepada masyarakat.

"Hasil daripada tindakan kawalan yang dilaksanakan, pihak kami telah berjaya menurunkan 19 kes  seminggu  atau 49 peratus berbanding 37 kes pada awal Jun," katanya.

Dr. Zainudin menasihatkan pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika, tabika atau prasekolah  agar sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan serta perkakasan yang digunakan kanak-kanak  dan membuat saringan bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tiada tanda jangkitan HFMD. 

Beliau berkata orang ramai juga dinasihat mengambil langkah kawalan dan pencegahan termasuk  mendapatkan  rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan jika terdapat tanda-tanda  HFMD  serta  mengamalkan  kebersihan diri yang baik.

Katanya sekiranya anak-anak didapati mempunyai tanda-tanda HFMD, ibu-bapa  dinasihat  untuk  tidak  menghantarnya ke tabika, taska atau sekolah, sebaliknya dikuarantin di rumah sehingga sembuh. - Bernama