Beliau berkata, mengambil iktibar daripada kejadian itu, kerajaan negeri memastikan setiap Loji Rawatan  Air (LRA) di negeri ini disambungkan melalui paip bawah tanah sebagai sokongan sekiranya ada loji kehabisan bekalan air.

"Keperluan air di negeri ini menjadi keutamaan kita, kerana selepas ini akan berlaku pembangunan yang pesat di negeri ini dengan adanya Malaysia Vision Valley (MVV), oleh itu kita perlu bekalan air yang mencukupi.

"Saya telah meminta pihak berkaitan untuk membina sebuah LRA berkapasiti 500 juta liter sehari di Kuala Linggi, memandangkan ia di dalam kawasan pembangunan MVV, sekali gus dapat menyokong pembangunan  pesat di sekitar kawasan itu," katanya selepas Majlis Perasmian LRA  Sawah Raja Fasa 2 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) Wan Rasdi Wan Ismail dan Pengerusi Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) Malaysia Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali. - Bernama