Perdana Menteri berkata, umat Islam hari ini berada dalam keadaan kacau-bilau dan pada ketika ini tiada usaha yang kukuh dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

"Saya percaya kita akan dapat bekerjasama untuk melihat masalah ini. Hari ini kita tidak boleh mendakwa kita adalah peradaban yang hebat sepeti sebelum ini...kita semua ditindas dan kita sangat mundur," katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan di Kompleks Presiden di sini hari ini.

Beliau berkata, negara-negara Islam harus melakukan sesuatu untuk menangani kelemahan dan kebergantungan terhadap pihak lain.

Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu. - Bernama