Barisan selebriti yang terlibat ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Alif Satar, Joe Flizzow, Maya Karin, Nora Danish, Caprice, Adibah Noor, Kavitha Sidhu, Alex Yoong, Ilaa Damia, Imam Muda Asyraf, Jane Teoh dan Shahrol Shiro.

Kempen Akhiri Buli Siber & Penyebaran Maklumat Palsu yang bertemakan ‘Sebar Fakta Bukan Dusta’ dan ‘Aku Bersamamu’ tersebut merupakan tanggungjawab sosial barisan selebriti  itu. Mereka tampil bagi menangani serta memerangi gejala buli siber dan penyebaran berita palsu di laman sosial.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Menurut Neelofa, sesiapa sahaja berpotensi menjadi mangsa buli siber asalkan individu tersebut mempunyai akses kepada media sosial.

“Saya terpanggil untuk mengadakan kempen ini selepas melihat masyarakat kita semakin tenat menghentam. Perkara seperti ini jika tidak dibendung ia boleh mencipta kelompok masyarakat yang tidak beradab.

“Hakikatnya, mangsa buli mengalami penderitaan secara fizikal dan mental sehingga boleh membawa kepada pelbagai keburukan lain. Amat penting bagi kita memberi pendidikan kepada semua berkenaan apa itu buli siber dan cara untuk menanganinya,” jelasnya pada majlis pelancaran kempen itu di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) di sini. - K! ONLINE