"Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan, Saya tidak tahu. Surat tersebut ditulis oleh agensi yang berkaitan, sama ada mereka menulis surat itu atau tidak, anda perlu bertanya  kepada mereka, bukan saya," kata beliau.

Surat tiga halaman itu dikatakan ditulis oleh seorang pegawai kanan dari unit di bawah Jabatan Perdana Menteri merayu AS menyokong pentadbiran Najib ketika itu "walaupun jika BN menang dengan majoriti mudah atau hanya satu kerusi".

Najib diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan perlu menyiasat perkara itu memandangkan ia melibatkan kedaulatan negara kerana dilihat sebagai mengundang campurtangan kuasa asing dalam hal ehwal Malaysia. - Bernama