Beliau tiba pada pukul 11.43 pagi di Kompleks Mahkamah di sini bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna putih.

Sejurus tiba beliau kemudian terus memasuki pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi.

Najib dan Rosmah kemudian keluar tiga minit selepas itu setelah selesai menandatangani dokumen ikat jamin dan proses dokumentasi.

Berikutan itu, Najib selesai membayar kesemua wang ikat jamin yang ditetapkan terhadapnya sebanyak RM1 juta minggu lalu. - K! ONLINE