Najib dan isteri yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna putih kelihatan tenang dan dijangka akan pulang ke rumahnya di Jalan Langgak Duta.

Najib sempat melambai dan bersalaman dengan para penyokongnya di luar pekarangan mahkamah di sini.

Terdahulu, beliau telah diikat jamin sebanyak RM1 juta dan telah dibayar secara ansuran oleh kedua-dua anaknya iaitu Nooryana Najwa dan Norashman pada pukul 2.45 petang. - K! ONLINE