Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa Najib akan mencagar rumahnya bagi membayar jaminan itu memandangkan semua akaun keluarganya sudah dibekukan.

Shafee turut memohon jaminan RM500,000 dikenakan terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, rayuan mencagarkan rumah ditolak dan mahkamah memerintahkan separuh wang jaminan RM1 juta dibayar secara tunai hari ini.

Wang jaminan selebihnya boleh dibayar pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan 8 Ogos depan untuk pengurusan kes pecah amanah dan rasuah yang dihadapi Najib.

Prosiding pendakwaan ke atas Najib berakhir pada pukul 12.42 tengah hari.

Kes tersebut dijangka dibicarakan pada Februari 2019. - K! ONLINE