Beliau berkata ini kerana ia melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion.

"(Ia) bagi mencari kebenaran untuk memastikan adakah kerajaan BN (Barisan Nasional), (Jabatan) Kastam dan LHDN  (Lembaga Hasil Dalam Negeri) telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka," katanya dalam catatan di Facebook dan Twitter.

Beliau percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta. - Bernama