Najib dilihat menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih diiringi dua kenderaan lain memasuki perkarangan MACA pada pukul 5 petang.

Difahamkan, bekas Perdana Menteri itu dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung satu lagi dakwaan berhubung SRC International mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

Satu sumber berkata, pihaknya tidak akan menahan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Najib hadir untuk memberikan keterangan dan akan dibenarkan pulang, namun pemimpin itu perlu hadir semula ke Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi proses pendakwaan baharu.

“Sebaik keterangan dirakam kita akan serahkan satu notis perintah hadir ke mahkamah,” katanya. - K! ONLINE