Kesemua peguam yang mewakili beliau diketuai peguam kanan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Dalam prosiding pendakwaan tersebut, pasukan pendakwaan pula diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas. Beliau dibantu oleh  11 Timbalan Pendakwa Raya

Najib dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada jam 8.25 pagi ini, sebelum pasukan pendakwaan memasukinya jam 8.40 pagi.

Bekas Perdana Menteri itu menghadapi empat pertuduhan di mahkamah tersebut.

Beliau kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi dan menghadapi empat lagi pertuduhan.

Berikut adalah barisan peguam bela dan pasukan pendakwaan yang terlibat dalam kes pertuduhan terhadap Najib.

 

Pasukan peguam bela:

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

2. Harvinderjit Singh

3. Datuk Raj Krishnan

4. Farhan Read

5. Rahmat Hazlan

6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee

7. Syahirah Hanapiah

 

Pasukan pendakwaan:

1. Tommy Thomas

2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria

3. Manoj Kurup

4. Datuk Shuhaimi Ibrahim

5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar

6. Datuk Ishak Mohd. Yusof

7. Donald Joseph Franklin

8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi

9. Budiman Lutfi Mohamed

10. Sulaiman Kho Kheng Fuei

11. Mohd. Ashrof Adrin Kamarul

12. Muhammad Izzat Fauzan