Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan hadir memakai kot berwarna biru kelihatan tenang ketika berjalan di koridor tingkat empat mahkamah pada pukul 8.25 pagi.

Najib, 65, akan didakwa berhubung kes pecah amanah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.

Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Peguam Negara, Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwa dalam kes itu yang dilantik pada bulan lalu.

Dalam pada itu, dua anak Najib iaitu Norashman dan Nooryana Najwa dilihat turut hadir ke mahkamah sekitar pukul 8.43 pagi untuk memberi sokongan kepada bapa mereka. - K! ONLINE