Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan hadir memakai kot berwarna biru kelihatan tenang ketika berjalan di koridor tingkat dua mahkamah pada pukul 8.55 pagi.

Najib, 65, akan berdepan sekurang-kurangnya tiga tuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti salah itu atau RM5 juta atau yang mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pada 4 Julai lalu, Najib telah didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Ia melibatkan dana sebanyak RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. (SRC) iaitu bekas anak syarikat firma pelaburan kerajaan, 1MDB. - K! ONLINE