Beliau berkata, BN menerima keputusan yang telah dibuat rakyat dan komited menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

"Oleh kerana tiada parti yang memperoleh keputusan majoriti mudah, Yang di-Pertuan Agong akan menentukan siapa yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengikut Perlembagaan," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pada PRU-14 semalam, Pakatan Harapan (PH), gabungan empat parti politik pembangkang yang baru dibentuk, menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Gabungan pembangkang itu memenangi 113 daripada  222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah. -K ONLINE!