Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan mahu perjuangan diteruskan meskipun UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi menjadi parti kerajaan. 

Menurutnya, setiap ahli parti tidak seharusnya terbawa-bawa dengan rasa hiba tetapi perlu mengumpul kekuatan untuk memperkukuhkan perjuangan agama, bangsa dan tanah air dibawah nama UMNO. 

"Perjalanan negara hingga saat ini sinonim dengan UMNO. Kita membangunkan negara, mencipta dan merosakkan. Khidmat dan perjuangan kita adalah untuk rakyat. 

"Saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka dan sekarang kita perlu bergerak dengan cara berbeza iaitu memperjuangkan isu rakyat, malah kita mesti tunjuk pada rakyat kita ikhlas dalam perjuangan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Pekan bagi tahun 2018 di sini hari ini. - K! ONLINE