Nadiyah berkata, dia ditahan sekitar malam tadi sewaktu sedang melalui imigresen Malaysia di Johor.

“Ketika saya melalui pemeriksaan imigresen, saya ditahan oleh pegawai imigresen kerana dia mengenali saya sebagai pelakon.

“Meskipun tujuan saya ke Malaysia bukan atas urusan kerja, tetapi pihak imigresen masih berkeras dan meminta saya menunjukkan permit bekerja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Ketika kejadian, Nadiyah bersama tunangnya, pelakon tempatan, Ben Ali.

Dalam pada itu Nadiyah yang juga pelakon Kelip drama bersiri Kelip Kelip Kota London berkata, dia terpaksa berpatah semula ke Singapura dan membiarkan tunangnya, Ben Ali pulang sendiri ke Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Nadiyah kini masih menunggu permit untuk meneruskan penggambaran drama di sini.

“Buat masa ini, saya perlu berurusan dengan pihak produksi yang menawarkan saya berlakon dengan sekurangnya-kurannnya bekerja selama enam bulan untuk mendapatkan permit ini .

“Saya akan selesaikan permohonan permit ini secepat mungkin bagi memudahkan urusan bekerja dan ulang alik di Malaysia,” katanya. - K! ONLINE