Dalam kejadian pada pukul 7.05 pagi itu, penumpang hadapan kereta terbabit, Chan Xiaochuin, 30, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kereta terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Gelang Patah menghala ke Pasir Gudang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa telah hilang kawalan dan merempuh tembok tol plaza tol Perling. 

Akibat rempuhan itu, mangsa wanita disahkan meninggal dunia manakala pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam keretanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa di hantar di hantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim dekat Kulai untuk bedah siasat

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan. - K! ONLINE