Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, kebenaran itu menjadikan Thailand pasaran eksport terbaharu bagi durian Musang King negara.

"Kalau orang tidak pernah rasa Musang King, mereka kata Monthong adalah terbaik, tetapi selepas merasa Musang King, durian Thailand itu agak kebelakang dari segi rasa dan sebagainya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri 'Durian Fiesta' di Kedutaan Malaysia di sini bagi menandakan perolehan kebenaran kemasukan durian segar Musang King ke pasaran Thailand bermula tahun  ini.

Sebelum ini, durian Musang King hanya dibenarkan dibawa masuk ke Thailand dalam bentuk ulas dan sejuk beku. - Bernama