Musa yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sunga Sibuga, Rabu lalu turut berharap sesi memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terhadapnya itu dapat diteruskan secepat mungkin.

Ketepatan itu dinyatakan oleh peguamnya, Ridha Abdah Subri dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Semalam, bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu gagal meneruskan sesi bersama SPRM di Putrajaya kerana masalah kesihatan apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke IJN.

Ridha Abdah berkata, Musa dirujuk ke IJN selepas SPRM mendapati tahap kesihatan bekas Ketua Menteri itu tidak begitu baik selepas melalui  lebih dua jam dalam sesi memberi keterangan. - Bernama