Musa yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah tidak kelihatan sepanjang persidangan berlangsung kerana kini dikatakan sedang menjalani rawatan kesihatan di London.

Bagaimanapun, ketidakhadiran Musa sudah dijangka memandangkan peguam yang mewakili beliau, Tengku Fuad Tengku Ahmad memaklumkan telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali pada 30 Julai lalu.

Surat tersebut dipercayai berkaitan permohonan Musa untuk menangguhkan tempoh mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga.

Ia berikutan doktor yang merawat Musa di luar negara melarang beliau pulang ke Sabah buat masa ini dengan alasan masalah kesihatan dan masih menjalankan beberapa prosedur rawatan.

Setakat ini Musa sahaja yang belum mengangkat sumpah sebagai ADUN dan beliau mempunyai tempoh tiga bulan untuk berbuat demikian. - K! ONLINE