Setiausaha Sulit Yang Dipertuan Negeri Sabah, Abinan Asli menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit Tan Sri Musa Aman, Eftendi Sunoh.

Menurut Abinan, kandungan surat itu menjelaskan Musa bukan lagi Ketua Menteri Sabah.

Difahamkan, surat berkenaan telah dikeluarkan pihak istana atas arahan Yang Dipertuan Negeri, Tun Juhar Mahiruddin semalam.

Terdahulu, Abinan dan pegawai istana diiringi pegawai polis tiba di luar pintu pagar kediaman Musa di Luyang untuk menyampaikan surat tetapi malangnya beliau tiada di rumah kerana dipercayai telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur. - K! ONLINE