Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Sibuga itu kelihatan tiba di Balai Pelepasan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lebih kurang 9.30 malam.

Beliau bersama rombongan dikatakan berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang menggunakan penerbangan khas.

Difahamkan, bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang baru pulang ke negeri ini dan mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga pada pukul 3.33 petang tadi perlu ke Kuala Lumpur bagi meneruskan rawatan susulan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Selangor. - K! ONLINE