SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, suruhanjaya itu telah menjalankan siasatan terhadap Musa dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara  pada Julai 2012 untuk tindakan selanjutnya.

"Walau bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan memandangkan siasatan tertumpu kepada sumbangan politik.

"Dasar Pejabat Peguam Negara  ketika itu telah menetapkan untuk tidak menuduh kes yang melibatkan sumbangan politik," kata SPRM dalam kenyataan  susulan laporan yang memetik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta SPRM menjelaskan sebab Musa tidak dituduh sebelum ini.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, beliau percaya bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai alasan tertentu tidak mendakwa Musa dan percaya SPRM harus memberi penjelasan sebab Musa tidak dituduh sebelum ini. - Bernama