Musa dilihat tiba pada pukul 11.45 pagi dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dan diiringi sebuah lagi kereta Toyota Vellfire berwarna putih.

Terdahulu, kira-kira 30 petugas media berkumpul di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat SPRM di sini walaupun dalam keadaan hujan lebat bagi menunggu ketibaan Musa.

Difahamkan, Musa kelihatan memakai songkok dan bertongkok serta ditemani peguamnya.

Pada Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU-14.

Beliau berkata, pihaknya membenarkan Musa mendapat rawatan dan sihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.

Pada 23 Mei lalu, SPRM hadir di kediaman Musa di Sabah, namun mereka tidak dapat melakukan pemeriksaan kerana bekas Ketua Menteri Sabah itu tiada di rumah. - K! ONLINE