Rohayu berkata, trend itu mula dikesan sekitar tahun 2015 dan semakin meningkat sehingga tahun ini.

"Sebelum ini hanya pelajar sekolah menengah yang dikesan terlibat dengan pengambilan dadah. Bagaimanapun bermula 2015 ia mula menular kepada pelajar sekolah rendah malah ada yang dikesan telah mula mengambil dadah seawal umur sembilan tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Amanat Mufti Kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatan Kuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Kota Bharu, Nohaimi Ismail dan Hasbullah Ibrahim yang menyampaikan amanat mewakili mufti Kelantan. - Bernama