Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) beberapa bahagian lain di negeri itu mencatatkan bacaan kualiti udara sederhana iaitu Samarahan (90), Kuching (88) dan Sarikei (85).

Menurut JAS, keadaan cuaca panas yang berterusan sejak lebih dua minggu memburukkan lagi  kejadian kebakaran tanah gambut di Daro selain jerebu yang dibawa angin dari Kalimantan.

Selain itu, JAS juga mengesan ratusan titik panas di Kalimantan Barat berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia antaranya di Singkawang dan Sambas. 

Susulan itu, JAS menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka selain  mengelakkan  aktiviti riadah di kawasan terbuka serta minum air yang banyak. - Bernama