Beliau menegaskan, kunjungan delegasi Iran ke Parlimen pada 4 Julai lepas, tidak bermaksud Malaysia menerima fahaman tersebut.

"Kalau ada Syiah masuk (lawat) Parlimen, apa masalah. Duta Iran pernah beberapa kali datang.

Apa salah kalau mereka datang Parlimen. Itu (lawatan) tidak menjadikan kita Syiah hanya kerana ada orang Syiah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pada 4 Julai lepas, laman Facebook rasmi Parlimen Malaysia memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan delegasi Iran membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Susulan hantaran tersebut, laman Facebook 'Gerakan Anti Syiah Malaysia' berkongsikan gambar tersebut dengan kapsyen 'Semakin rancak Syiah sampai singgah masuk Parlimen', dengan lebih 2,500 perkongsian. - Bernama