Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) itu bagaimanapun masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya percaya Muhammad Adib menjadi mangsa keadaan ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota bomba dan insiden yang menimpanya amat menyedihkan.

“Saya juga berharap insiden seperti ini tidak berulang pada masa hadapan dan rakyat perlu menghargai setiap tugas yang dilakukan oleh anggota bomba,” katanya ketika Majlis Perasmian Pengoperasian Helikopter AW189 JBPM di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid. - K! ONLINE