Sebanyak 16,671 pelajar daripada 22,515 calon SPM di negeri ini juga layak mendapat sijil berbanding 16,493 orang tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 0.63 peratus.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, seramai 281 pelajar di seluruh sekolah negeri ini mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran.

"Sebanyak 45 sekolah di negeri ini mempunyai pelajar dengan 100 peratus layak mendapat sijil manakala 13 daripadanya memperoleh GPS dibawah 3.0.

"Daripada jumlah berkenaan, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memperoleh GPS terbaik iaitu 1.99 sekali gus menjadi sekolah terbaik SPM 2017," katanya pada pengumuman keputusan SPM Sekolah Menengah Negeri Pahang 2017 di sini hari ini. 

Turut hadir Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr. Zulkifle Ali. - K! ONLINE