Jurucakap Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, paip pecah berkenaan menyebabkan laluan tiga lorong MRR2 berhampiran Dataran Ukay ditenggelami air.

Paip berkenaan dipercayai pecah di tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) kira-kira 5 pagi.

Ia turut menyebabkan lorong kiri laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Sehingga 9.30 pagi tadi, laluan berkenaan masih dipenuhi air dan kebanyakan pengguna terpaksa meredah air yang bertakung. - K! ONLINE