Sehubungan itu, Presidennya, James Loke memohon agar kementerian berkenaan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan sebelum menguatkuasakan dasar baharu tersebut.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata, ini kerana pengeluar memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk merancang pengeluaran bagi tahun berikutnya.

Menurutnya, MRA bersedia bekerjasama rapat dengan kementerian berkenaan serta berkongsi pandangan dan saranan mengenai dasar peruncitan. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin yang turut hadir berkata, dasar tersebut perlu dinyatakan secara bertulis kepada pihak industri bagi  memudahkan  pemain merancang langkah seterusnya. - Bernama