Setiausaha Agungnya, Datuk Prof. Dr. Hasan Mad berkata, anggota panel penasihat diraja tersebut perlu terdiri daripada tokoh dan pakar dalam pelbagai bidang.

"Kalau di UK (United Kingdom) ia dipanggil Privy Council. Keahlian Privy Council terdiri daripada pelbagai bidang termasuk keselamatan, ekonomi dan apa sahaja bidang dan perkara yang perlu pihak istana dapatkan nasihat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hasan berkata, sebagai contoh anggota panel tersebut dianggotai bekas ketua polis negara yang akan beri nasihat tentang keselamatan negara kepada institusi diraja.

Katanya, anggota panel juga harus terdiri dari pelbagai kaum dan agama termasuk daripada Sabah dan Sarawak. - Bernama