Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Sue Lim.

Majlis mengangkat sumpah itu diadakan sebelum istiadat perasmian persidangan itu yang disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir ke istiadat itu ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Mohd. Zawawi, 48, daripada PKR memenangi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas, selepas menewaskan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy dengan majoriti 5,842 undi.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi dari PKR memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd. Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). – K! ONLINE