LTAT menerusi satu kenyataan akhbar telah mengesahkan pelantikan baharu itu.

Menuruty kenyataan akhbar itu, Zahidi telah berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia selama 39 tahun dan memegang variasi jawatan penting pada peringkat operasi serta kementerian.

Beliau dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera dari 1 Januari 1999 sehingga bersara pada 30 April 2005.

Selepas bersara, beliau telah melibatkan diri dalam sektor korporat dan kini merupakan Pengerusi Affin Bank Berhad serta menjadi pengarah bagi beberapa syarikat lain.

Beliau memegang ijazah Sarjana Sains (Pengajian Pertahanan dan Strategik) dari Universiti Quaid-I-Azam, Islamabad, Pakistan dan telah menghadiri Program Eksekutif Kanan di Universiti Harvard, Amerika Syarikat, Command and General Staff College di Filipina, Joint Services Staff College di Australia dan Kolej Pertahanan Negara Pakistan.

Pengerusi LTAT sebelum ini ialah Senator Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor. - K! ONLINE