setiausaha spr
Setiausaha SPR baharu 

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR, Mohamed Elias, 58 tahun, berkelulusan dari Universiti Malaya, mula menyertai perkhidmatan awam pada 1 Julai 1983 dan sejak itu telah menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.

"SPR berharap dengan pengalaman beliau yang luas dalam perkhidmatan awam, pelantikan Mohamed Elias sebagai Setiausaha SPR yang baharu akan dapat memimpin Urusetia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan,” katanya.

Mohamed Elias pernah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Pengarah Penyelidikan dan Dasar, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Kepenggunaan dan Pengurusan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mulai 24 Mac 2008 hingga 27 April 2014, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia sejak 28 April 2014 hingga 14 Februari 2017 dan seterusnya Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia mulai 15 Februari 2017 hingga 20 Mei 2018.

Dalam pada itu, SPR juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Ghani atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada SPR mulai 19 Ogos 2013 hingga 9 Mei lalu. - K! ONLINE