Mohamed Azmin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan negeri Selangor memasuki perkarangan Istana Kayangan pukul 11.50 pagi.

Difahamkan pertemuan dengan Sultan Sharafuddin itu berkait rapat mengenai memohon pembentukkan kerajaan negeri dan jawatan Menteri Besar selepas gabungan pembangkang PKR memenangi 51 buah daripada 56 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas keluar dari perkarangan istana pukul 1.20 petang, Mohamed Azmin hanya berkata:

"I will issues the statement later ( saya akan keluarkan kenyataan nanti)," jelasnya. - K! ONLINE