Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan sekatan tertentu ke atas beberapa orang yang mungkin terlibat dalam salah laku khususnya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk Mohamed Apandi.

Difahamkan, Mohamed Apandi mungkin akan disiasat kerana dipercayai membuat keputusan yang salah semasa berada dalam kerajaan sebelum ini.

Dr. Mahathir sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa buat masa ini, negara tiada Peguam Negara dan sedang menimbang beberapa nama untuk mengisi jawatan itu.

Perdana Menteri ketujuh itu juga telah mengarahkan pihak polis untuk mendeklasifikasikan laporan audit 1MDB daripada Akta Rahsia Rasmi 1972. - K! ONLINE