Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, MOA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bekerjasama dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga barang adalah terkawal.

"Kami sentiasa bekerjasama dan mempunyai jawatankuasa bersama dalam memantau. Memastikan bekalan cukup adalah tugas kami. Berkenaan harga barang pula, ia akan dikawal KPDNHEP.

"Kita akan cuba yang terbaik menyelesaikan kekangan yang dihadapi rakyat berkaitan kenaikan harga barang dan berusaha untuk memastikan bekalan cukup dengan harga yang mampu milik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis Sesi Ramah Mesra Menteri MOA bersama Rakan Media 2018 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini, hari ini. - Bernama