Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairullizal Abu Kasim berkata, kereta itu dipercayai termasuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang dan terbakar. 

"Pihak bomba terima panggilan kecemasan pada pukul 11.11 pagi dan tiba di lokasi kemalangan sembilan minit kemudian. Kami mendapati kereta itu sedang terbakar. 

"Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 64 tahun berseorangan. Dia bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairullizal berkata, pihaknya menggunakan tangki pam jentera bomba serta salur bantu mula bagi memadamkan kebakaran tersebut dan operasi tamat pada pukul 11.54 pagi.

Menurut beliau, punca kebakaran dan nilai kerugian disebabkan kebakaran itu masih dalam siasatan. 

Sementara itu, seorang jurujual kereta memaklumkan, Mitsuoka Le-Seyde bernilai kira-kira RM200,000 di pasaran dan kereta jenis itu edisi terhad. - K! ONLNE