Terdahulu, Hamidin telah dikaitkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MOM bersama Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Azim Zabidi dan Naib Presiden MOM, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Kerusi jawatan tersebut akan kosong secara automatik selepas Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria telah diumumkan oleh Tunku Imran Tuanku Ja’afar sebagai penggantinya bagi jawatan Presiden.

Mengulas lanjut, Ibrahim menyifatkan Hamidin perlu mendapatkan saranan daripada Tunku Ismail biarpun mengakui beliau memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam pentadbiran organisasi sukan.

“Saya ingat (Hamidin) sebagai Setiausaha Agung FAM kena bincang dahulu dengan Tunku Ismail, minta dulu kebenaran. Kalau semua tiada masalah, bertanding sahaja.

“Ini kerana kebanyakan yang memegang jawatan di dalam MOM adalah presiden-presiden daripada persatuan lain.

“Namun ia bukan satu kesalahan dari segi perlembangaan dan etika bagi pegawai bergaji dengan FAM untuk bertanding merebut jawatan pemilihan MOM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. - K! ONLINE