Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan seramai 408 rakyat Palestin telah dibawa ke hospital dan pusat perubatan untuk menerima rawatan.

Kematian terbaharu itu termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, katanya. Ia menjadikan jumlah korban rakyat Palestin seramai 27 orang dalam tempoh seminggu tunjuk perasaan itu berlaku.

Sekurang-kurangnya enam orang wartawan telah ditembak dan tercedera, menurut satu kenyataan daripada Sindiket Wartawan Palestin. 

Sementara itu, jurucakap ketenteraan Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. - AFP