Dalam posting laman sosial Instagram terbaharunya sebentar tadi, Micheal mengharapkan semua pengikutnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

"Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni https://youtu.be/1LIc5-tT7og, " tulisnya.

Dalam akaun YouTube yang dinyatakan itu menyebut Micheal telah memeluk Islam dihadapan Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Firdaus Wong.

"Sejujurkan ketika mendalami Islam banyak perkara yang harus dipelajari, saya tidak mahu perkara ini (memeluk Islam) diperbesarkan kerana urusan ini antara saya dan Allah," ujar beliau melalui saluran YouTube itu.

Beliau turut mengalu-alukan tunjuk ajar supaya dapat menjadi Islam yang terbaik di jalan Allah. - K! ONLINE