Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Raja-raja dalam pertemuan pada 10.30 pagi tadi di Istana Negara yang turut menetapkan Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya akan diadakan pada 31 Januari ini.

Perjumpaan itu dihadiri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pertemuan itu susulan pengumuman Sultan Muhammad V untuk melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa semalam. - Bernama