Katanya, beliau akan membuat semakan terlebih dahulu dengan penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu.

"Saya tak pasti perkara itu, saya kena tanya dia (Wan Saiful) sebab sekarang ini kita dalam langkah berjimat cermat, banyak sangat surat khabar (dilanggani). Sekarang banyak (berita) atas talian, jadi boleh tengok atas talian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.  

Dilaporkan sebuah memo dikeluarkan melalui Wan Saiful mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan untuk berhenti melanggan akhbar tersebut.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Gazali Abas. - Bernama