Beliau berkata, program lawatan mengejut itu bertujuan untuk memastikan kesemua projek yang mengalami kelewatan itu dapat kembali lancar dan boleh disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan demi kepentingan pelajar sekolah terbabit.

"Hari ini saya bermula dengan memantau projek pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang di sini yang merupakan antara sekolah daif cuba dipulihkan.

"Ia merupakan antara projek paling serius (bermasalah) di Terengganu selain beberapa yang lain di seluruh negara termasuk di Borneo (Sabah dan Sarawak)," katanya selepas melawat projek pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang di sini hari ini. 

Turut hadir Guru Besar SK Seberang Marang, Azman Abdul Hadi. - K! ONLINE