“Iqbal telah menjadi sasaran dan ditembak di lengan. 

“Beliau telah melepasi paras bahaya dan dibawa ke sebuah pusat perubatan di Lahore. Penyerang itu juga telah ditangkap,” kata pembantu khas kepada ahli politik itu, Asim Khan, kepada AFP.

Perdana Menteri, Shahid Khaqan Abbasi mengutuk serangan itu yang berlaku ketika negara sedang bersedia untuk menghadapi pilihan raya persekutuan yang dijangka berlaku pada musim panas ini.

Serangan ke atas Iqbal berlaku ketika pemimpin Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) bergelut untuk meraih kembali penyokong menjelang pilihan raya umum akan datang susulan beberapa siri kekecohan melibatkan pemimpin tertingginya.

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif digulingkan oleh Mahkamah Agung pada tahun lalu atas tuduhan rasuah dan telah diharamkan menyertai sebarang parti politik seumur hidup, manakala Menteri Luar, Khawaja Asif juga digugurkan oleh mahkamah pada akhir bulan lalu kerana melanggar undang-undang pilihan raya. - AFP