Bagaimanapun, suaminya, Asyraf Khalid, 25, berkata, Tya kini berada dalam keadaan stabil dan hanya memerlukan beberapa rawatan lanjut bagi merawat masalah slipped disc yang dialaminya itu.

"Alhamdulillah, selepas dimasukkan ke hospital selama dua hari, keadaan isteri saya beransur pulih.

"Menurut doktor, jika kesihatannya mengizinkan, Tya boleh pulang ke rumah pada hari esok," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Ariffin, 23, mendirikan rumah tangga bersama Asyraf pada November 2015.

Pasangan tersebut kemudiannya dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Arif Jiwa pada 31 Mac lalu. - K! ONLINE