Menurut sumber, mangsa, Abd. Rahman Ishak, 39, disahkan meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di Hoshah.

Semasa kejadian Sabtu lalu, Abd. Rahman dihempap bas ketika memasang jek hidraulik untuk menukar tayar di sebuah bengkel di Jalan Kampung Temin, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tu, Abd. Rahman diselamatkan oleh rakan sekerjanya yang menyedari kejadian tersebut.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Jerantut untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hoshah. - K! ONLINE