Beliau menggantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang meletakkan jawatan pada 14 Mei lalu.

Felda dalam satu kenya­taan berkata, seluruh warganya mengalu-alukan kedatangan Megat Zaharuddin, 69, yang mempu­nyai pengalaman luas dalam sektor korporat untuk memacu mereka kembali ke era kegemilangan.

“Tujuh Ahli Lembaga baharu, tidak termasuk Pengerusi, yang terdiri daripada ahli-ahli profe­sional dan pakar dalam bidang masing-masing turut dilantik berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” kata kenya­taan itu hari ini.

Megat Zaharuddin pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Maybank se­lama lebih tujuh tahun.

Selain pengalaman luas dalam sektor minyak dan gas selama 31 tahun, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Maxis Communications Bhd. dari tahun 2004 hingga 2017. - K! ONLINE