Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr. Zaliman Sauli berkata, seramai 2,626 peserta terdiri daripada pelajar dan orang awam dari Jepun, United Kingdom, Australia, Thailand, Singapura dan Indonesia menyertai kejohanan selama sehari itu.

"Kita juga menerima penyertaan dari Kedah, Selangor, Terengganu, Perlis, Johor dan Kelantan manakala kesemua peserta berusia antara 11 hingga 64 tahun. Kejohanan ini mempertandingkan tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 18 tahun ke atas," katanya ketika ditemui pemberita pada kejohanan itu di sini.

Kejohanan yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Zaluzi Sulaiman dan  Timbalan Pengurus Besar MBOR Mohamed Alex Edward itu dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia (YGM) dengan kerjasama UMK dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Sementara itu, Zaluzi berkata, kejohanan tersebut mencatat sejarah baharu sebagai pertandingan dam aji terbesar yang pernah diadakan di Parlimen Pengkalan Chepa.

Juara kejohanan bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil penyertaan. - Bernama